Welcome to Permataku Insyirah

This blog..

All About My Little cute Baby..N..Family

All About My Little cute Baby..N..Family

Aina Atiqah Insyirah

Buah Hati Mama 'N' Abah

Monday, April 12, 2010

Aina sayang..

Hari ini..12.04.2010 aina ke klinik untuk bulan yang ketiga..waahh syg mama baik je waktu timbang..tak nangis pun..camtu la syg mama kan..hermm..berat aina dh naik lagi..sekarang dah 5.1kg..dh makin berat..mama pun xlarat nak dukung selalu..sb tu kalau g jln2 abah aina yang bawak heheheh...hermm..aina ade selsema sikit n kdg2 mlm2 dia slalu batuk..nurse tye nk jumpa doktor tak..klau blh mmg mama nk bwk cyg gi jumpa doktor tapi hari ni dah tak sempat..sb org ramai sgt..jam dh dekat kul 4ptg..so esok la mama bwk aina g jumpa doktor ye cyg..harap2 aina xde pe2 la..takut gak bile dgr org kate baby ni klau batuk xleh biarkan takut nti ade sakit lain..tapi nurse ade ckp dari segi luaran aina mmg npk sihat..Alhamdulillah..harap2 xd pe2 lah n sihat semuanya..Amin..

Saturday, April 10, 2010

sayang anak mama..

Aina Atiqah Insyirah.. nama yang diberi..dilahirkan di hospital umum sarawak pada pukul 3.20pm dengan berat 2.66kg..Insyirah terpaksa di bawa ke nursery buat sementara waktu dan aku hanya dapat melihatnya pada pukul 12.30 tgh malam apabila nurse membawanya kepadaku untuk mengesahkan tag yang dipakaikan di kaki kanannya..
Hanya seketika aku dapat melihat Insyirah kerana nurse kembali membawanya ke nursery untuk memberi ruang kepadaku untuk tidur dan berehat setelah seharian menahan sakit di 'ceaser'.
Esoknya, seawal jam 8pg Insyirah telah dihantar kepadaku setelah dimandikan..aku memberinya susu dan sejak itu lah aku sedar bahawa diriku kini telah bergelar seorang ibu..aku juga sedar adalah menjadi tanggungjawabku untuk mengasuh dan mendidik Insyirah menjadi insan yang berguna di kemudian hari.
Hari2 yang berlalu penuh dengan dugaan namun aku tetap tabah demimu wahai permataku..aku begitu gembira melihat perkembangan dirimu..pada umur 1 bln beratmu telah meningkat kepada 3.7kg dan pada umur 2 bln ia meningkat lagi menjadi 4.6kg..kini usiamu genap 3bln pada 4 April 2010 yang lalu dan aku hanya akan mengetahui berat seterusnya pada 12.4.2010 iaitu pada hari Isnin nanti.
Ya Allah..aku bermohon kepadaMu agar memberiku kekuatan dalam apa jua rintangan yang aku hadapi..melindungi keluargaku dari segala yang tidak diingini dan sesungguhnya Engkau maha mengetahui atas tiap2 sesuatu..maha pemurah lagi maha mengasihani..Amin..

Friday, April 9, 2010

Insyirah Buah Hati Ku..

Tanggal 04 Jan 2010 lahirnya permata yang tidak ternilai bagiku..aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana mengurniakan permata ini kepadaku..bagiku ini pengalaman paling manis dalam hidupku..
Terlalu banyak dugaan yang terpaksa aku tempuhi demimu permataku..namun aku pasrah dan terus bersabar kerana ini adalah satu ujian bagiku..aku kan terus bersabar untuk membesarkanmu dan mendidikmu demi melihatmu menjadi seorang insan yang berguna..
Kini, usiamu meningkat lagi ke bln yg ke3..setiap hari akan ku pastikan perkembanganmu akan terus diuji dan dirangsang agar dikau sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan persekitaranmu..hari demi hari dirimu akan terus ku sayangi, ku rindui dan ku lindungi..
Insyirah dikau lah buah hatiku..dulu kini dan selamanya...