Aina Atiqah Insyirah.. nama yang diberi..dilahirkan di hospital umum sarawak pada pukul 3.20pm dengan berat 2.66kg..Insyirah terpaksa di bawa ke nursery buat sementara waktu dan aku hanya dapat melihatnya pada pukul 12.30 tgh malam apabila nurse membawanya kepadaku untuk mengesahkan tag yang dipakaikan di kaki kanannya..
Hanya seketika aku dapat melihat Insyirah kerana nurse kembali membawanya ke nursery untuk memberi ruang kepadaku untuk tidur dan berehat setelah seharian menahan sakit di 'ceaser'.
Esoknya, seawal jam 8pg Insyirah telah dihantar kepadaku setelah dimandikan..aku memberinya susu dan sejak itu lah aku sedar bahawa diriku kini telah bergelar seorang ibu..aku juga sedar adalah menjadi tanggungjawabku untuk mengasuh dan mendidik Insyirah menjadi insan yang berguna di kemudian hari.
Hari2 yang berlalu penuh dengan dugaan namun aku tetap tabah demimu wahai permataku..aku begitu gembira melihat perkembangan dirimu..pada umur 1 bln beratmu telah meningkat kepada 3.7kg dan pada umur 2 bln ia meningkat lagi menjadi 4.6kg..kini usiamu genap 3bln pada 4 April 2010 yang lalu dan aku hanya akan mengetahui berat seterusnya pada 12.4.2010 iaitu pada hari Isnin nanti.
Ya Allah..aku bermohon kepadaMu agar memberiku kekuatan dalam apa jua rintangan yang aku hadapi..melindungi keluargaku dari segala yang tidak diingini dan sesungguhnya Engkau maha mengetahui atas tiap2 sesuatu..maha pemurah lagi maha mengasihani..Amin..
Saturday, April 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment